<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d5235279\x26blogName\x3druff+rants\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLACK\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://steelburn.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_GB\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://steelburn.blogspot.com/\x26vt\x3d-830537559292416964', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
 

Muhasabah?

Jam menunjukkan 2.21am.

Lampu dah dipadamkan. Bilik dalam keadaan gelap. Mata cuba ditutup, tapi tak mampu dilelapkan. Otak seolah tidak mahu berehat lagi.Mungkin kerana usai Maghrib tadi aku terus terlelap. Lenaku dikejutkan bila henfon berbunyi. Misscall aje. Melihat nombor pemanggil dan fon mana yang dipanggil, dah sah pemanggil cuma nak mendengar lagu yang kuselit sebagai halwa telinga menunggu panggilan dijawab. Takpelah.
Yang tak bestnya mimpiku tadi yang terganggu! Aku mau kembali kepada mimpiku tadi. Simple.. mimpi pergi kedai DiGi dan bertemu seseorang di sana yang melayan aku, padahal kedai dah tak dibuka kepada umum. Sememangnya semua tu tadi sekadar mainan tidur. Perkara yang terakhir kufikirkan sebelum terlelap tadi ialah tentang DiGi point redemption. Topik yang sama jugak yang masuk ke dalam tidurku tadi. Hahaha. Tapi susulan mimpi tak sudah itu berbeza ya...

Sekejap tadi -- sambil berbaring-baring -- sebelum membuka laptop semula untuk menulis -- aku terfikir-fikir tentang 'cinta', (jiwang siut.) as of commitment and passion. Not merely love, which aku translate sebagai 'sayang' aje. Terasa macam teringin untuk belajar mencintai semula setelah lama kubuang cintaku pada manusia. Sememangnya sayangku tak pernah luak dan sentiasa banyak (abundant), tapi cintaku sukar diberi kerana ia sendiri sukar diperolehi. Confession: Setiap kali berfikir secara serius tentang commitment, dada terasa berdebar sedikit. Sesak pun ada. Begitu berat perasaan itu. Terasa sukar untuk 'mampu'.

Terasa jugak seperti diri ni banyak bermain dengan perasaan orang lain, walaupun bukan niat itu yang ada di hati. Aku sentiasa sedar tak boleh terlalu caring dengan wanita, kelak lain pulak jadinya. Masalahnya, aku sekadar mahu menjadi diri sendiri dan sukar untuk menghampakan bila ada seseorang memerlukan aku untuk menjadi pendengar dan tempat berkongsi masalah. Bukanlah aku maksudkan aku ni seorang pendengar yang baik. Tidak juga aku berupaya menyelesaikan masalah mereka.. tapi selagi mereka senang untuk bercerita... aku senang juga untuk mendengar. Tiap kali mendengar orang lain bercerita padaku, terasa beban yang ditanggung diri sendiri pulak yang diangkat. Macam tu kot contoh apa yang Tuhan janji, apabila kita membantu menyelesaikan masalah orang lain, Allah angkat pula masalah yang membelenggu kita. Wallahu a'lam.

Oh ya, semasa breakfast tadi, boss cakap aku dah berbeza kalau dibandingkan sebelum accident dan selepas accident. Rasanya apa yang dimaksudkan adalah ke arah yang lebih baik. Ada hikmahnya setiap sesuatu yang berlaku. Alhamdulillah. Sememangnya aku sentiasa yakin tiada apa yang Allah jadikan tanpa reason. Tiada apa yang Allah jadikan kat dunia ni sia-sia. Maha Suci Allah.

Nota untuk diri sendiri: Sekejap tadi aku menerima satu jemputan walimatul urus dari seorang kenalan. 12 Mac 2006. Ita. Dia mintak maklumkan kat Yang sekali. Alhamdulillah. :-)

Jam sekarang 2.42am. Terasa ingin berhenti dan mula memejamkan mata secara serius.

Allahumma bismika amuutu wa ahya.

Catatan kerja

Company duk mencari orang-orang yang terer Linux, dan/atau ada pengalaman dalam penetration testing. Ada berani? Apply sini. :-)

Esok kena gi pejabat/kilang Nippon Paint kat Shah Alam dengan Azlan. Buat system study sikit-sikit, then buat documentation. Pada masa yang sama, cuba resolve printing problem kat server baru diorang.

Lusa pulak kena gi SIT untuk resolve masalah CGI script lama diorang yang tak dapat nak paparkan new students.

By the end of this week, input/output prototype untuk Logistic Routing System yang sedang diusahakan kena siap. Next week Logistic Head of that particular company nak turun KL.

Dalam weekend ni jugak kena siapkan COUM nyer projek dengan Wandi.. setakat yang sepatutnya supaya presentable kat orang-orang berkenaan.

Malam tadi Ma tepon... kena sound sebab pakai tepon banyak sangat time bercuti panjang kat rumah dulu. Eventhough dah bayar sebahagian besarnya sebelum bil sampai ke rumah, tapi dalam bil ada jugak indicate berapa banyak penggunaan dan caj yang dikenakan untuk setiap panggilan yang dibuat. Ma memang terkejut aa... dah kena.. Boros. Tak simpan duit. Tak fikir untuk masa depan. (Ayat dikasarkan oleh diri sendiri...) Huhuhu...

Kumanasai mina!

Maaf la kat sesiapa yg duk expect blog ni diupdate sekerap mungkin oleh penulisnya. Bukan takmau nak update, it's just tiap kali berada di depan PC, tiba-tiba aje hilang idea.

Alhamdulillah.. sekarang saya dah okay. (Chewah.. tulis 'saya' dlm blog la pulak.)
Ada la lagi terhencut-hencutnya, especially bila angkat/bawa barang. Kaki pun masih tak berapa flexible lagi. Doktor kata aritu, sepatutnya boleh stretch lagi 10 degree ke atas dan ke bawah. So, tiap-tiap pagi, petang dan malam la saya duk mengexcercisekan kaki.

Thanks Awin... mimpi tu paling menarik buat abg Zam, walaupun takde la abg Zam nyer kaki sampai kena gantung. The rest of the story cukup menarik. Mudah-mudahan takwilnya menjadi kenyataan. :-)

Last week saya ke Kuantan lagi. Dari KL pagi Rabu, sampai ke lokasi around 2.45pm, terus meeting sampai 6.30pm. Check-in jam 7.00pm kat De Rhu Resort. Malamnya tidur lebih kurang jam 5.30pm sebab nak siapkan kerja. Esoknya jam 8.15am check-out. Tak sempat la nak jalan-jalan tepi pantai atau mandi kat kolam diorang yang cantik tu. Terpaksa dikorbankan kesenangan tu sebab nak habiskan kerja secepat mungkin. By 12.15pm, semua kerja dah sign-off. Tetiba dapat la call dr office kat KL pulak. Diorang kat Kuantan ni ada problem ngan virus. Check punya check.. W32/MyWife punya angkara. Best aje kan kalau nak tulis.. "I'm searching for ways to remove MyWife from the systems." Hahaha. Sambil godek-godek keluarkan MyWife daripada network diorang, tetiba dpt lak email pasal percubaan nak hack sistem luar dari server diorang. Lagi satu bala. Check lagi... rupa-rupanya ada orang pecah masuk ke dalam server dan buat mass attack. Alhamdulillah semua dapat diselesaikan.

Kat KL ni pun macam tiba-tiba banyak pulak orang ada problem. NetMail la... Sendmail la... LDAP la... itu la.. ini la... huhuhu.

Jumaat lepas: tetiba housemate datang ke office. Rupa-rupanya dia duk excited nak share project yang dia dapat. Alhamdulillah. Hopefully menjadi kenyataan.

Bila la nak siap logistic application ni ya...? Takpe.. takyah jawab. Duk tanya diri sendiri aje ni.Huhuhu...

Semakin bizi.. semakin bizi..

.. semakin nakal.


array2object() function

This is something that I don't want to lose, after cracking my head for hours, hence it's placed here.
This is a function which I couldn't find on the Net, a smart function to convert arrays to objects while retaining itself as arrays if necessary:

<?php
/**
* Just process non-numeric arrays. If the array has both numeric and string arrays,
* then remove numeric ones while retaining string arrays. Recurse into objects as well
* to check for any possible conversion.
**/
function array2object ($arg_array) {
    if (is_array($arg_array)) {
        $keys = array_keys($arg_array);
        foreach ($keys as $key) {
            if (is_numeric($key)) $has_number = true;
            if (is_string($key)) $has_string = true;       
            if (is_object($key)) $has_object = true;   
            };
        if (isset($has_number) and !isset($has_string)) {
            foreach ($arg_array as $key=>$value) {
                $tmp[] = array2object($value);
                }
            }
        elseif (isset($has_string)) {
            foreach ($arg_array as $key=>$value) {
                if (is_string($key))
                    $tmp->$key = array2object($value);
                }
            }
        } elseif (is_object($arg_array)) {
            foreach ($arg_array as $key => $value)
                if (is_array($value) or is_object($value))
                    $tmp->$key = array2object($value);
                    else
                    $tmp->$key = $value;
           }
        else {
            $tmp = $arg_array;
        };
    return $tmp;    //return the object
};
?>

Phew!

ruff rants

What's going on around me... what's I feel about things happening around.. and also about upcoming events sometimes.

blogsphere
10 recent rants
rant archives



Technorati search