<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d5235279\x26blogName\x3druff+rants\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLACK\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://steelburn.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_GB\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://steelburn.blogspot.com/\x26vt\x3d-830537559292416964', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
 

Muhasabah?

Jam menunjukkan 2.21am.

Lampu dah dipadamkan. Bilik dalam keadaan gelap. Mata cuba ditutup, tapi tak mampu dilelapkan. Otak seolah tidak mahu berehat lagi.Mungkin kerana usai Maghrib tadi aku terus terlelap. Lenaku dikejutkan bila henfon berbunyi. Misscall aje. Melihat nombor pemanggil dan fon mana yang dipanggil, dah sah pemanggil cuma nak mendengar lagu yang kuselit sebagai halwa telinga menunggu panggilan dijawab. Takpelah.
Yang tak bestnya mimpiku tadi yang terganggu! Aku mau kembali kepada mimpiku tadi. Simple.. mimpi pergi kedai DiGi dan bertemu seseorang di sana yang melayan aku, padahal kedai dah tak dibuka kepada umum. Sememangnya semua tu tadi sekadar mainan tidur. Perkara yang terakhir kufikirkan sebelum terlelap tadi ialah tentang DiGi point redemption. Topik yang sama jugak yang masuk ke dalam tidurku tadi. Hahaha. Tapi susulan mimpi tak sudah itu berbeza ya...

Sekejap tadi -- sambil berbaring-baring -- sebelum membuka laptop semula untuk menulis -- aku terfikir-fikir tentang 'cinta', (jiwang siut.) as of commitment and passion. Not merely love, which aku translate sebagai 'sayang' aje. Terasa macam teringin untuk belajar mencintai semula setelah lama kubuang cintaku pada manusia. Sememangnya sayangku tak pernah luak dan sentiasa banyak (abundant), tapi cintaku sukar diberi kerana ia sendiri sukar diperolehi. Confession: Setiap kali berfikir secara serius tentang commitment, dada terasa berdebar sedikit. Sesak pun ada. Begitu berat perasaan itu. Terasa sukar untuk 'mampu'.

Terasa jugak seperti diri ni banyak bermain dengan perasaan orang lain, walaupun bukan niat itu yang ada di hati. Aku sentiasa sedar tak boleh terlalu caring dengan wanita, kelak lain pulak jadinya. Masalahnya, aku sekadar mahu menjadi diri sendiri dan sukar untuk menghampakan bila ada seseorang memerlukan aku untuk menjadi pendengar dan tempat berkongsi masalah. Bukanlah aku maksudkan aku ni seorang pendengar yang baik. Tidak juga aku berupaya menyelesaikan masalah mereka.. tapi selagi mereka senang untuk bercerita... aku senang juga untuk mendengar. Tiap kali mendengar orang lain bercerita padaku, terasa beban yang ditanggung diri sendiri pulak yang diangkat. Macam tu kot contoh apa yang Tuhan janji, apabila kita membantu menyelesaikan masalah orang lain, Allah angkat pula masalah yang membelenggu kita. Wallahu a'lam.

Oh ya, semasa breakfast tadi, boss cakap aku dah berbeza kalau dibandingkan sebelum accident dan selepas accident. Rasanya apa yang dimaksudkan adalah ke arah yang lebih baik. Ada hikmahnya setiap sesuatu yang berlaku. Alhamdulillah. Sememangnya aku sentiasa yakin tiada apa yang Allah jadikan tanpa reason. Tiada apa yang Allah jadikan kat dunia ni sia-sia. Maha Suci Allah.

Nota untuk diri sendiri: Sekejap tadi aku menerima satu jemputan walimatul urus dari seorang kenalan. 12 Mac 2006. Ita. Dia mintak maklumkan kat Yang sekali. Alhamdulillah. :-)

Jam sekarang 2.42am. Terasa ingin berhenti dan mula memejamkan mata secara serius.

Allahumma bismika amuutu wa ahya.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

What's going on around me... what's I feel about things happening around.. and also about upcoming events sometimes.

blogsphere
10 recent rants



Technorati search