<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d5235279\x26blogName\x3druff+rants\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLACK\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://steelburn.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_GB\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://steelburn.blogspot.com/\x26vt\x3d-830537559292416964', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
 

Catatan seorang penghuni wad

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani,

Alhamdulillah semakin sihat dah. Hari ni paling lama kaki kanan dibiarkan tanpa dipasang simen. Pakai sekejap masa nak keluar gi balai polis aje.

Alhamdulillah... dalam aku terlupa, Tuhan sentiasa memperingatkan hamba-Nya ini. Walaupun difikirkan agak ngeri dan ngilu jugak mengenangkan ada tambahan besi dan skru kat dalam kaki, tapi syukur pun ada... kalau nak dibandingkan dengan orang lain, lebih ramai lagi yang lebih teruk lagi keadaannya berbanding apa yang terjadi pada diri ini. Masa kat wad, the person next to me patah peha dan tapak kaki berlubang memperlihatkan tulang -- dah le gitu, nak operate pun berminggu-minggu. Right across the room, a girl terpaksa tunggu berbulan-bulan sebelum dapat berdiri. A few doors next to me, saban hari ada saja jeritan dari seorang lelaki Cina berumur. (Hari terakhir sebelum keluar wad, para nurse berkejaran memberikan rawatan cemas kat uncle ni, sebab tiba-tiba dia sesak nafas -- walaupun masa selebihnya uncle ni asyik marah-marah dan meludah-ludah.) Begitu banyak yang Tuhan nak hamba yang lalai ni lihat... betapa jugak bila Allah nak something berlaku, there's no fuss at all.

I was... boleh dikatakan agak berhati-hati tanggal 16 Disember 2006. Meeting dijadualkan 9.00am di Ibu Pejabat Syabas di Jalan Pantai. ...keluar dari rumah dalam pukul 7.45am sebab masih tak boleh nak bajet masa yang bakal diambil untuk ke lokasi dari rumah.

8.10am, kali terakhir tengok jam sebelum kejadian. Aku tersenyum seorang... puas, sebab agak cepat jugak rupanya untuk sampai ke destinasi. Awal lagi... dan tak sampai satu kilometer pun lagi dari tempat yang dituju. Motosikal diperlahankan dalam 40-50km/j. Motosikal lain menderu laju melintasi. Signal dinyalakan. Line clear... aku membelok. Sesuatu tiba-tiba kelihatan kat side mirror.

"Gedegang!"

Apa lagi.. landing la dengan baik. Nasib baik helmet dipakai elok aje. So, belakang tapak tangan tercalar sikit-sikit, tu pun sebab nak landing. Aku cuba bangun, tapi terasa macam tak termampu pulak nak bangun. ...nampak darah, dah sebelah dalam kaki kanan membengkak. Bahagian luar pulak macam ada lubang. Tak pasti pulak sedalam mana sebab tak mampu pulak aku nak pusingkan kaki atau badan untuk tengok betul-betul. Yang mampu dibuat saat tu cuma mengengsot ke tepi laluan. Gila ke nak stay lama-lama atas jalan? Hahah... nak kena giling?

Abang yang langgar aku tengah mengaduh kesakitan. Chest pain. Tapi alhamdulillah dia tak luka apa-apa. Aku aje yang cedera. Stokin yang dipakai kaki sebelah kiri aku terpaksa diguna untuk memperlahankan pendarahan dengan mengikat pergelangan kaki kanan aku. Tu pun sebab ada sorang brader ni peringatkan darah aku tengah keluar teruk. Heheh... kalau tak.. maybe aku tak kisah sangat pun... tak sampai sebanyak darah yang didermakan pun. Tangan dihulurkan kat brader yang langgar aku, tanda aku tak ada nak salahkan dia pun. Memang dah nak jadi pun. Terasa la jugak sikit-sikit bila dia tak layan aku nak salam dengan dia.

Satu part yang tak puas hati sikit...
Aku buat panggilan kecemasan 999 untuk dapatkan bantuan ambulans ke hospital.
  • Kakak yang angkat panggilan 999 dapatkan butiran diri aku untuk kepastian, then tanya hospital berdekatan yang mana yang aku pilih? - OK
  • Forward ke PPUM, hospital yang aku pilih, dan dimaklumkan supaya aku call JPA3 sebab diorang takde ambulans - So-so
  • Kakak 999 forward ke JPA3, then aku dapat "Maaf encik, pejabat KL dah pindah la encik, sila call nombor ni XXXXXXXX." Isk... dah le tengah tahan sakit dah time tu. Buat panggilan kecemasan pun siap dia mintak aku call nombor lain. - Not OK. Berbara gak rasanya.
  • Nasib baik kakak 999 tu masih monitor talian dan forwardkan panggilan aku. Bantuan pengangkutan dan kecemasan JPA3 tiba setengah jam kemudian. - No comment.

Sampai kat Unit Kecemasan PPUM, sempat la jugak aku jadi guinea pig. Ada sorang foreign student ni cucuk ntah mana-mana la kat tangan aku ni... aku rasa patutnya dia cucuk kat belakang tangan, untuk ambil darah... tapi ada ke sebelum tu dia test cucuk kat tempat lain dulu. Tak keluar apa-apa. Yang ada dalam picagari tu cuma sel-sel berwarna putih. Memang guinea pig. Huhuhu...

Masuk bilik X-Ray pun aku masih jadi guinea pig budak-budak medic UM. Satu team yang "kerjakan" aku. Nasib baik la salah sorang senior diorang ni agak manis. Haha.. boleh ampun la jugak. :P

The few days kat dalam wad. I could see people's greed. Beberapa wakil from two different lawyer firms keep on coming untuk dapatkan kes aku. Each keep on saying bad things about the other. The pot calling the kettle black. Ouch! Paling tak menarik, bukan diorang aje, tapi staff hospital pun terlibat sama. Polis kat pondok polis luar hospital pun lebih kurang aje. Duit punya pasal la ni.

Layanan kat hospital agak baik kecuali...
  • beberapa kali aku tak dapat antibiotic shot.
  • pagi hari kedua, hilang kesan bius, aku dan mengetap gigi menahan sakit. Aku pun mintak la painkiller hopefully kurang la sikit sakitnya. Yang aku dapat herdikan, "Painkiller apa? Apa painkiller painkiller? Pukul 12 baru boleh dapat painkiller." daripada sorang nurse yang nampak macam agak senior la jugak.
  • tengah hari pulak, dia datang tanya aku dah makan ke belum. "Tak nak makan ke?" -"Nak!!" Tapi dua jam lepas tu dia datang marah-marah kat aku sebab tak cakap kat dia. Pelawat-pelawat aku pun ada masa dua-dua kes ni berlaku. Aiseh.
  • 2.30pm, aku terpaksa panggil lagi nurse untuk peringatkan tentang painkiller dan antibiotic yang aku tak dapat lagi. Nurse yang sama datang marah-marah kat aku dan siap ketuk-ketuk kaki kanan aku yang sakit. Siap cakap kat nurse yang bagi jab, "cucuk kuat sikit dia ni!" Apa la punya servis!

Hari Selasa minggu berikutnya... I was discharged.
Banyak pengalaman penting berlaku...
  • kawan-kawan yang silih berganti datang menjenguk. Thanks. Dari pagi hari kejadian.. kawan la yang menunggu di wad kecemasan dan mengiringi ke wad orthopedik. Yang berulang-alik datang pun ada. Thanks lagi.
  • ma - menunggu dari hari kedua sampai la hari aku keluar wad.
  • makcik (mokna) - yang sampai tak lena nak tidur bila dapat tau anak saudara dia sorang ni kemalangan.
  • adik-beradik yang prihatin - Amir stay kat rumah sampai 24hb untuk pastikan kebajikan aku terjaga. Zaha ambil turn pulak lepas tu. Ye la.. walaupun diorang kat rumah ni main game aje.. tapi at least banyak perkara yang diorang tolong uruskan untuk aku. Alhamdulillah.
  • abah - yang datang jugak walaupun sukar dan sibuk.
  • my boss, his wife & kid - thanks for the visit.. and thanks for the flowers as well.
  • distant friends - thanks for all the calls and messages. Yerp.. maybe dengar kat phone macam tak sakit aje. :-) Normal la.

By the way, aku masih teringat "nasihat" yang disampaikan oleh seseorang melalui seseorang, "jadilah mat rempit yang beriman". Tersenyum simpul bila teringatkan "nasihat" tu. :-) Thanks la, tapi aku tak merempit. Hahahah.

8 skru dan satu plet dalam kaki kanan aku akan kuabadikan sebagai satu catatan peringatan dari Tuhan.

ruff rants

What's going on around me... what's I feel about things happening around.. and also about upcoming events sometimes.

blogsphere
10 recent rants
rant archives



Technorati search