<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d5235279\x26blogName\x3druff+rants\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLACK\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://steelburn.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_GB\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://steelburn.blogspot.com/\x26vt\x3d-830537559292416964', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
 

salaam.

sekian lama menyepi... bukan tidak mau menulis, tetapi sungguh tidak mampu. Hampir aku tiada kesempatan melakar coretan ringkas dalam blog ni. Hari ni, sedikit kesempatan muncul sebab aku 'lari' dari pejabat sekunder kat HQ Bank Rakyat.

Seorang bekas rakan sekerja menghantar SMS...
"bila saya ada masalah terus saya teringat awak."

"kekdg hdup ini tdak mudah spt yg djangkakan.dugaan dtg dan pergi. peritnya utk terima sbuah kenyataan.knp saya sering diuji?"

Esoknya.. kuterima email panjang. Kawanku ini hampir ke psikiatris kerana dirasakannya tidak mampu menanggung sendirian masalah-masalah yang menghantui fikiran.

Rasa terkilan jugak... tak mampu berada di samping seorang kawan di kala diperlukan.




BTW...
Terfikir-fikir sebentar tadi... adakah sebenarnya aku cuba lari daripada sesuatu?

Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah menciptakan langit dan bui dan berlain-lainan bahasamu dan warna kulitmu. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang mengetahui.

Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah tidurmu di waktu malam dan siang hari dan usahamu encari sebahagian dari kurnia-Nya. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang mendengarkan.

Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya Dia memperlihatkan kepadamu kilat untuk (menimbulkan) ketakutan dan harapan, dan Dia menurunkan air hujan dar langit, lalu menghidupkan bui dengan air itu sesudah matinya. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang mempergunakan akalnya.

Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah berdirinya langit dan bumi dengan iradat-Nya. Kemudian apabila Dia memanggil kamu sekali panggilan dari bumi, seketika itu (juga) kamu keluar (dari kubur).

Dan kepunyaan-Nyalah siapa sahaja yang ada di langit dan di bumi. Semuanya tunduk hanya pada-Nya.

(Ar-Rum: 17-26)











Wahai Tuhan sungguh aku tidak layak untuk syurga-Mu
tetapi tidak aku sanggup untuk ke neraka-Mu
ampunkanlah dosa-dosaku ya Allah.

[mood: tired]
[current project: Desktop Management System Installation in Bank Rakyat]

10.50pm MYT.
Still in the office.
Online for a while.. reading other people's writings.
Seems like someone's in trouble with own feelings.
Wish I could help.
Going back soon.
Bye-bye.

p/s: Dunia tidak diciptakan dengan warna hitam dan putih sahaja.

Throwing away the old ones

Hello blog,


Colleague: "There's a Chinese proverb saying, If you don't throw the old one, a new one won't come."

We were talking about my old DiGi number. Why do I keep it? Nostalgia? Heheh... that was my first number. *grin grin*

That's not all of it. That proverb shot another thought to me. I questioned myself of what I refuse to part with in my life. There're lots of things still haunting me in my life. Things that I am yet to forego.

Look! I look at my life positively. That's why people sees a cheerful and lively me. It's just... there're something left unsettled.


I am a melancholic type of person. Forgive me. Accept me as what I am.

Thank you.

Exhausted

Keletihan...
aku keletihan.

Cleanup of blog//collector

Haven't done the cleanup for quite some times... around 50 disabled items needs to be rechecked.

Looks like I need to actively monitor blog//collector again.

Work-in-progress.

A gem in the ocean of techno-garbage.

... AcerMate 466d
... 486DX2/66 with 4MB RAM.
... 1.44MB Floppy disk drive. No hard disk equipped.
... 3Com Etherlink III NIC attached to EISA slot.


This is my latest machine, sitting on my desktop. A gem indeed, but not in our time. It was one model that reigned supreme way back in the old MS-DOS era.

Salute.

Gurindam Nasihat

Gurindam Nasihat

Apabila banyak berkata-kata,
Di situ jalan masuk dusta.

Apabila kita kurang siasat,
Itulah tanda pekerjaan hendak sesat.

Apabila anak tidak dilatih,
Jika besar bapanya letih.

Apabila banyak mencela orang,
Itulah tanda dirinya kurang.

Apabila orang banyak tidur,
Sia-sia sahajalah umur.

Apabila mendengar akan khabar,
Menerimanya itu hendaklah sabar.

Apabila mendengar akan aduan,
Membicarakannya itu hendaklah cemburuan.

Apabila perkataan yang lemah lembut,
Lekaslah orang mengikut.

Apabila perkataan yang amat kasar,
Lekaslah orang sekalian gusar.

Apabila pekerjaan yang amat benar,
Tidak boleh orang berbuat onar.

Jika sedikit pun berbuat bohong,
Boleh diumpamakan mulutnya itu pekung.

Tanda orang yang amat celaka,
Aib dirinya tiada ia sangka.

Bakhil jangan diberi singgah,
Itulah perompak yang amat gagah.

Barang siapa perkataan kotor,
Mulutnya umpama ketur.

Di mana tahu salah diri,
Jika tidak orang yang lain berperi.

Apabila banyak berlebuh-lebih suka,
Itulah tanda hampirkan duka.

Barang siapa khianat dirinya,
Apa lagi kepada yang lainnya.

Kepada dirinya ia aniaya,
Orang itu jangan kau percaya.

Lidah yang suka membenarkan dirinya,
Daripada yang lain dapat kesalahannya.

Daripada memuji diri hendaklah sabar,
Biar daripada orang datangnya khabar.

Orang yang suka menampakkan jasa,
Setengah daripada syirik mengaku kuasa.

Raja muafakat dengan menteri,
Seperti kebun berpagarkan duri.

Betul hati kepada raja,
Tanda jadi sebarang kerja.

Hukum adil atas rakyat,
Tanda raja beroleh inayat.

Kasihkan orang yang berilmu,
Tanda rahmat atas dirimu.

Hormat akan orang yang pandai,
Tanda mengenal kasa dan cindai.

Pak Utih

Pak Utih

I

Punya satu isteri mau dakap sampai mati,
Lima anak mau makan setiap hari,
Teratak tua digayuti cerita pusaka,
Sebidang tanah tandus untuk huma.

Kulit tangan tegang berbelulang,
Biasa keluarkan peluh berapa saja,
O Pak Utih, petani yang berjasa.

Tapi malaria senang menjenguk mereka,
Meski dalam sembahyang doa berjuta,
Dan Mak Utih bisa panggil dukun kampung,
Lalu jampi matera serapah berulang-ulang.

Betapa Pak Dukun dan bekalan pulang,
Wang dan ayam dara diikat bersilang.

II

Di kota pemimpin berteriak-teriak,
Pilihanraya dan kemerdekaan rakyat,
Seribu kemakmuran dalam negara berdaulat,
Jambatan mas kemakmuran sampai ke akhirat.

Ketika kemenangan bersinar gemilang,
Pemimpin atas mobil maju ke depan, dadanya terbuka,
Ah, rakyat tercinta melambaikan tangan mereka.

Di mana-mana jamuan dan pesta makan,
Ayam panggang yang enak di depan,
Datang dari desa yang dijanjikan kemakmuran.

Pak Utih masih menanti dengan doa,
Bapak-bapak pergi ke mana di mobil besar?

Balada Terbunuhnya Beringin Tua Di Pinggir Sebuah Bandaraya

Balada Terbunuhnya Beringin Tua Di Pinggir Sebuah Bandaraya

Beringin tua di pinggir jalan raya
di sebuah ibu kota yang setengah muda
ratusan tahun usianya berdiri
menadah matari memayungi bumi
burung-burung berterbangan menyanyi
di sini rumah mereka, di sini keluarga bahagia
kupu-kupu berkejaran dalam senda guraunya
anak-anak bermain di keteduhan perdunya.

Tiba-tiba pagi yang hitam itu datang
geregasi teknologi menyerangnya
dengan kejam membenamkan gigi-gigi besi
sehingga terdengarlah jeritan ngeri
suara Beringin rebah ke bumi.

Sampai sekarang, tiap senjakala lembayung petang
dengarlah suara Beringin mengucapkan pesan:

Selamat tinggal, selamat tinggal wahai awan
Selamat tinggal matari selamat tinggal bulan
Selamat tinggal kupu-kupu sayang
Selamat tinggal wahai burung-burung bersarang
Selamat tinggal anak-anak bermain riang.

Namaku Beringin pohon tua yang terbuang
dimusuhi oleh rancangan bernama Pembangunan.


Nota kaki: Kukumpulkan beberapa sajak kegemaranku di sini...

Kalau...

.. kalaulah aku kat tempat dia....
.. kalau kau beritahu lebih awal kan senang
.. kalau ye pun, jangan buat camni
.. kalau la aku ....


berapa banyak punya kalau daaaa?


Adakah terlalu banyak 'kalau' meletakkan diri kita sebagai seorang yg tidak menerima apa yg Allah takdirkan kepada kita?




Siapalah aku untuk menilainya....

Alahai... tak buat lagi?

  • Dua hari lagi, genap 2 bulan tempoh aku bekerja di Cheras ni. Rasa macam banyak target yang tak tercapai lagi. I need to move faster. Faster faster faster!
  • Dah dua bulan lebih... selepas kali terakhir aku ke Tabung Darah Hospital Pulau Pinang... niat aku untuk melawat HUKM masih stay sebagai niat. Bila berkumandang iklan derma darah di radio, terasa bersalah dan hipokrit diri ini. Aku meletakkan alasan 'tak sempat / busy' sedangkan aku sendiri tahu bahawa itu sekadar alasan. Ada office mate yang berminat untuk pledge sebagai penderma organ. Satu lagi yang aku rasakan sebagai tanggungjawab... untuk mendapatkan borang, mudahkan proses, dan bagi penerangan kat dia. Bila nak buat ni?
  • Seorang non-Muslim kat pejabat ada menyebut keinginannya untuk mendapatkan senaskhah al-Quran yang ada translation dalam Bahasa Inggeris. Aku ada satu copy, dan memang bersedia untuk diberikan kepada sesiapa yang berbehendakkan naskhah tu, walaupun itulah naskhah kegemaran aku. Dah tunjuk pun. Tapi, yang dicari adalah yang lebih besar dan lebih baik kualiti kertasnya. Tanggungjawab jugak kan untuk mendapatkannya?
  • Work related: POC (Proof of Concept) dengan Asia Insurance masih belum diselesaikan. Basically aku dah ready. Cuma tunggu masa aje. Camne ye? Delay delay delay.
  • Ada seseorang yang aku masih belum contact. Kali terakhir SMS yang aku terima daripadanya, memaklumkan bahawa dia baru keluar dari unit kardiology dan sedang berada dalam unit neuro. Katanya, suspek barah otak. Kenapa dengan aku? Aku dah terlalu biasa dengan 'pesakit barah otak'. Kebanyakannya memberikan alasan itu untuk mendapatkan simpati sehingga aku tidak tahu mana satu yang betul. Macam mana? Aku perlukan pandangan lain untuk mengubah persepsi ini. Help help help!

Posting paling banyak dalam satu hari. Hari ni sahaja.. 3 posting.

Sebelum Terlena

Nasyid ni asalnya secara tak sengaja di'paste' oleh seseorang kat YM.
Alhamdulillah.. dah lama tak diperingatkan oleh lagu sebegini... bersyukur sebab walaupun tak sengaja... diperingatkan juga.

SEBELUM TERLENA

Sebelum mata terlena
Di buaian malam gelita
Tafakur ku di pembaringan
Mengenangkan nasib diri

YANG KERDIL LEMAH DAN BERSALUT DOSA
MAMPUKAH KU MENGHARUNGI TITIAN SIRAT NANTI
MEMBAWA DOSA YANG MENGGUNUNG TINGGI
TERKAPAI KU MENCARI LIMPAHAN HIDAYAH-MU

AGAR TERLERAI KESANGSIAN HATI INI
SEKADAR AIR MATA
TAK MAMPU MEMBASUHI DOSA INI

Sebelum mata terlena
Dengarlah rintihan hati ini
Tuhan beratnya dosaku
Tak daya ku pikul sendiri

HANYALAH RAHMAT DAN KASIH SAYANGMU
YANG DAPAT MERINGANKAN HULURKAN MAGHRIFAH-MU
ANDAINYA ESOK BUKAN MILIKKU LAGI
DAN MATA PUN KU TAK PASTI AKAN TERBUKA LAGI

Sebelum berangkat pergi ke daerah sana
Lepaskan beban ini
Yang mencengkam jiwa dan ragaku

Selimuti diriku
Dengan sutra kasih sayang-Mu
Agar lena nanti ku mimpikan
Syurga yang indah abadi

Pabila ku terjaga
Dapat lagi kurasai
Betapa harumnya
Wangian syurga firdausi.. Oh Ilahi

DI SEPERTIGA MALAM
SUJUDKU MENGHAMBAKAN DIRI
AKAN KU TERUSKAN PENGABDIANKU KEPADA-MU


Biasa... Allah sentiasa memberikan peringatan dalam kita sedar mahupun tidak. Tengah pakai stokin pun, ada gak mesej yang Allah bagi.

Tuhanku... betapa agung-Mu.
Thank you.
Thank you.
Thank you.

p/s: Pasted.. selepas dibuat pembetulan ejaan di beberapa tempat. Original Source: Ellya

Term lama.. penggunaan baru.

Original term:
bonsai

~ette

my term:
bonsai + ette = bonsette.

Meaning? Refer to the links above.
Differentiate with petite


Heheh.

ruff rants

What's going on around me... what's I feel about things happening around.. and also about upcoming events sometimes.

blogsphere
10 recent rants
rant archives



Technorati search