<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d5235279\x26blogName\x3druff+rants\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLACK\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://steelburn.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_GB\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://steelburn.blogspot.com/\x26vt\x3d-830537559292416964', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
 

Alahai... tak buat lagi?

  • Dua hari lagi, genap 2 bulan tempoh aku bekerja di Cheras ni. Rasa macam banyak target yang tak tercapai lagi. I need to move faster. Faster faster faster!
  • Dah dua bulan lebih... selepas kali terakhir aku ke Tabung Darah Hospital Pulau Pinang... niat aku untuk melawat HUKM masih stay sebagai niat. Bila berkumandang iklan derma darah di radio, terasa bersalah dan hipokrit diri ini. Aku meletakkan alasan 'tak sempat / busy' sedangkan aku sendiri tahu bahawa itu sekadar alasan. Ada office mate yang berminat untuk pledge sebagai penderma organ. Satu lagi yang aku rasakan sebagai tanggungjawab... untuk mendapatkan borang, mudahkan proses, dan bagi penerangan kat dia. Bila nak buat ni?
  • Seorang non-Muslim kat pejabat ada menyebut keinginannya untuk mendapatkan senaskhah al-Quran yang ada translation dalam Bahasa Inggeris. Aku ada satu copy, dan memang bersedia untuk diberikan kepada sesiapa yang berbehendakkan naskhah tu, walaupun itulah naskhah kegemaran aku. Dah tunjuk pun. Tapi, yang dicari adalah yang lebih besar dan lebih baik kualiti kertasnya. Tanggungjawab jugak kan untuk mendapatkannya?
  • Work related: POC (Proof of Concept) dengan Asia Insurance masih belum diselesaikan. Basically aku dah ready. Cuma tunggu masa aje. Camne ye? Delay delay delay.
  • Ada seseorang yang aku masih belum contact. Kali terakhir SMS yang aku terima daripadanya, memaklumkan bahawa dia baru keluar dari unit kardiology dan sedang berada dalam unit neuro. Katanya, suspek barah otak. Kenapa dengan aku? Aku dah terlalu biasa dengan 'pesakit barah otak'. Kebanyakannya memberikan alasan itu untuk mendapatkan simpati sehingga aku tidak tahu mana satu yang betul. Macam mana? Aku perlukan pandangan lain untuk mengubah persepsi ini. Help help help!

Posting paling banyak dalam satu hari. Hari ni sahaja.. 3 posting.

1 Comments:

At June 03, 2005 10:25 pm, Anonymous Anonymous said...

hopefully abg zam eppy ngan keje skang nie ...:) erm ku nyer mp3 dah tertinggal dlm bas aritu..huhu..sedih gilerrr....:(

 

Post a Comment

<< Home

What's going on around me... what's I feel about things happening around.. and also about upcoming events sometimes.

blogsphere
10 recent rants



Technorati search