Setup software RAID-1 dalam distro Linux berasaskan Slackware (part 1)
Saya telah memasukkan Zenwalk Linux ke dalam satu server HP ProLiant ML110. Cakera keras unit ini merupakan jenis SATA dan terdapat chipset ICH7R yang boleh digunakan untuk SATA RAID-0/1. Masalahnya kebanyakan distro (kependekan distribution) Linux tidak memuatkan support untuk SATA RAID menggunakan chipset tersebut.
Apa yang saya buat pada peringkat awal ialah dengan memasukkan sahaja Zenwalk Linux ke dalam /dev/sda (hard disk pertama) selepas membuat partitions yang berpatutan sebelum saya mendapati apa salahnya jika saya menggunakan software RAID-1 supaya hasrat menggunakan RAID yang terbantut sebelum ini dapat dicapai.
Satu sumber yang diperolehi dalam Internet saya jadikan rujukan untuk tujuan ini:
http://www.megapico.co.uk/linuxdocs/slackware_raid.html
Walau bagaimanapun, saya mengikut dokumentasi tersebut, saya perlu memasukkan Linux ke dalam /dev/sdb (hard disk kedua) barulah betul. Jadi, saya pun membuat satu salinan hard disk pertama di dalam hard disk kedua dengan cara berikut:
# dd if=/dev/sda of=/dev/sdb bs=10240Dengan arahan di atas, saya akan mendapat satu salinan hard disk yang benar-benar serupa.
Saya sedang menunggu semuanya selesai....
0 Comments:
Post a Comment
<< Home