<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d5235279\x26blogName\x3druff+rants\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLACK\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://steelburn.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_GB\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://steelburn.blogspot.com/\x26vt\x3d-830537559292416964', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
 

Belasungkawa buat Naina Azha

[mood: gloomy]

Assalamualaikum.

Al-Fatihah.

Lebih kurang jam 1 pagi tadi, abang kepada Naina Azha menelefon, memaklumkan bahawa adiknya telah meninggal dunia di Perak dan minta dimaklumkan kepada rakan-rakan IRC. Aku agak terkejut juga menerima berita sebegini, seolah tidak ingin percaya perkhabaran yang dibawa, sementelahan pula tidak pernah cerita sakitnya sampai ke pengetahuanku.

Sepatutnya beberapa kali dalam perancangan aku bertemu Naina Azha, tetapi tiada yang berhasil. Mungkin inilah takdirnya.

Minggu ini sahaja dua perkhabaran sugul sampai ke telingaku. Tengahari Isnin, bekas rakan sekerja menelefon memaklumkan dan keadaan tersedu-sedu ibunya baru kembali ke Rahmatullah; dan malam tadi pula kes kematian yang kedua.

Tua gugur; muda pun gugur.
Innalillahi wa'inna ilaihi raji'uun.


On the other hand...
Mungkin ada kaitan dan mungkin juga tidak -- minggu lepas burung yang muncul dalam mimpiku muncul di depan mata. Waktunya tengah malam, sedang aku bersiap untuk tidur. Seekor burung masuk melalui tingkap dan berada dalam kamarku sekitar 15 minit. Bezanya ia tidak sejinak dalam mimpi, tidak juga seliar mana. Ia tidak berkenan untuk berada di atas tapak tanganku; sekadar terbang ke sana ke mari di dalam bilik.

Suratan?
Kebetulan?

Hanya Allah yang Maha Mengetahui.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

What's going on around me... what's I feel about things happening around.. and also about upcoming events sometimes.

blogsphere
10 recent rants



Technorati search