<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d5235279\x26blogName\x3druff+rants\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLACK\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://steelburn.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_GB\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://steelburn.blogspot.com/\x26vt\x3d-830537559292416964', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
 

Walimatul Urus

Jam 7.40pm. Selepas Maghrib. Rintik-rintik hujan baru sahaja berhenti apabila aku tiba di perkarangan rumah selepas ia turun buat beberapa ketika. Agak lewat aku tiba di rumah hari ni kerana Didi beria-ia nak bertemuku. Janji asal untuk bertemunya pada hari Ahad nanti dibatalkan. Ada perancangan lain, katanya.

Seakan ada gamitan dari peti surat, membawa aku kepadanya.

Ah.. memang ada surat rupanya. Sampulnya seolah-olah kukenali. Apa tidaknya, suatu ketika dahulu sampul surat sebegitu rupa selalu bertamu kepadaku. Detik jantung seakan bertambah pantas walaupun kehadirannya memang dalam jangkaan -- walaupun tidak sepenuhnya. Sebenarnya, tidak kujangkakan secepat ini aku menerimanya.

Di bahagian belakang sampul surat tertera satu nama yang amat biasa bagiku suatu ketika dulu; yang sebenarnya sudah agak lama tidak kusebut. Aku menjangkakan sekeping kad di dalamnya tetapi dari luar ia seakan sekadar setebal sekeping kertas yang biasa digunakan untuk menulis surat.

Baru tadi kusebut berkenaan kisahku sepanjang dua tahun lebih ini kepada Didi, adikku. Biarlah buat sementara ini aku sendiri dulu. Masih banyak persediaan yang perlu kubuat. Biarlah cuma sekali yang gagal. Aku tidak mahu ia berulang. Ala.. kalau susah-susah pun... ambil aje adik sendiri nanti; Didi kan ada. Aku berseloroh dengan Didi. Tak sangka pulak sesuatu yang kusebut-sebutkan sudah tiba rupanya.

Benar. Di dalamnya sememangnya terdapat sekeping kad. "Walimatul Urus" tertera dalam tulisan rumi, begitu juga dua nama yang amat biasa bagiku (walaupun kini ia hampir-hampir menjadi 'taboo' buatku). Kebetulan pula rakan serumah -- Man, Haidi dan Bi'in -- sedang duduk berbincang selepas solat di ruang tamu. Kulayangkan kad yang belum kubaca tadi kepada Man sambil tersenyum. Biarlah dia yang membacanya dulu. Aku lebih rela membacanya selepas dibaca oleh rakan-rakan yang lain.

---

Dahlah... malas nak sambung. Kalau aku sambung, nanti aku masukkan sebagai komen kat dalam ni....

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

What's going on around me... what's I feel about things happening around.. and also about upcoming events sometimes.

blogsphere
10 recent rants



Technorati search